Edisi Sengal! Suami isteri beli 113 baucar ditahan!

Oleh Kaki Wayang on

Tidak sampai seminggu Berita Harian mendedahkan kegiatan penjualan dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) di kedai buku dan menerusi internet, polis menahan sepasang suami isteri, kelmarin yang disyaki membeli sekurang-kurangnya 113 baucar tunai daripada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Pasangan itu yang memiliki kedai buku di ibu negara dikatakan menawarkan wang tunai RM180 kepada pelajar universiti terbabit sebagai pertukaran bagi BB1M bernilai RM200, dengan RM20 adalah keuntungan mereka.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment