November 2011 lalu, beberapa hari selepas perkahwinan mereka ada gossip liar mengatakan yang rumahtangga mereka kini goyah. Namun Hattan menafikan perkara tersebut dan berkata beliau ketika itu bahagia dengan perkahwinan bersama Farah Asyikin.
Dan, semalam segalanya terjawab apabila Hattan dan Farah Asyikin sah bercerai dengan talak satu. Pasangan ini di’sahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam. Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam. Menurut laporan, penceraian ini adalah persetujuan bersama & Hattan belum bersedia untuk berikan komen.
Hattan & Farah Asyikin berkahwin selama dua bulan dan majlis perkahwinan mereka di’adakan secara tertutup pada 11 November 2011 lalu di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.