Edisi Sukan! Jaringan Scholes tutup mulut pengkritik - Fergie!

Oleh Kaki Wayang on


Alex Ferguson tampil menolak segala kritikan terhadap Paul Scholes selepas pemain itu menjaringkan gol pada perlawanan yang menyaksikan Manchester United menewaskan Bolton 3-0 dalam liga, kelmarin.

Penampilan bekas pemain England berusia 37 tahun itu kelmarin, menutup kelemahan United sebelum ini ketika kalah dalam dua perlawanan kepada Blackburn dan Newcastle.

Jaringan Scholes yang ke-103 dalam karier liga, turut menutup mulut pengkritik yang mempertikai tindakan Ferguson baru-baru ini membawa masuk semula pemain yang telah bersara itu.

''Dia mempunyai deria menjaringkan gol, kelebihan yang dimilikinya sejak kecil. Dia membuktikannya, semalam.

''Dia adalah antara pemain terhebat United. Dia sebelum ini dikritik tetapi anda lihatlah permainannya semalam. Lihat kualitinya, anda tidak rugi sebenarnya.

''Dia berlatih dengan gigih sejak kebelakangan dan kami membawanya masuk tepat pada masanya. Dia memberi sepenuh kepercayaan itu dengan menjaringkan gol,'' kata pengurus United itu.

Jaringan Scholes dianggap menyuntik kemenangan, kelmarin selepas Wayne Rooney gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam babak pertama permainan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment