Edisi Hangat! Ferrari Berharga RM100 juta!

Oleh Kaki Wayang on

Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga $20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain. Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.

Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga $15.7 juta, rekod dunia ketika itu. Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga $370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga $20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak $4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.

Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.

Harga baru kereta itu pada 1963 ialah $6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga $26 juta pada 2010.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment