Edisi Hangat! Gambar & Majlis Pernikahan Imam Muda Hassan Adli & Fadatul Ulfah!

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya Terima Kasih dan kredit tak terhingga kepada CTHoney atas artikel TERKINI beliau ini...TANGGAL 17 Februari cukup bermakna bagi Juara Imam Muda musim kedua, Mohd Hassan Adli Yahya. Pada tarikh itu, dia bukan saja menyambut ulang tahun yang ke-27 tetapi lebih istimewa bergelar suami kepada wanita yang berjaya membuka pintu hatinya.


Imam Muda Hassan menyerahkan senaskah Al-Quran kepada Ulfah
Akad nikah sedang diadakan

Memilih bakal guru, Fadatul Ulfah Jamali sebagai suri hidup, majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam pada 17 Februari, selepas solat Isyak.

Imam Muda Hassan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM666 dan hantaran RM9999. Pihak Hassan membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 dulang.  

Majlis persandingan pihak pengantin wanita akan diadakan keesokan harinya di perkarangan masjid yang sama manakala di sebelah keluarganya akan berlangsung pada April depan.


Ketibaan Ulfah
Ulfah dan rakan menunggu majlis akad nikah
“Saya yang cadangkan majlis akad nikah diadakan pada 17 Februari ini kerana itu tarikh ulang tahun saya. Pun begitu, tarikh majlis di sebelah pihak saya belum ada ketetapan kerana kami masih mencari dewan. “Kalau ikutkan, saya mahu kenduri menyambut menantu diadakan seminggu selepas majlis persandingan pihak wanita tetapi keluarga minta ditangguhkan ke bulan April depan. “Banyak persediaan yang perlu dilakukan, kalau nak cepat memang tak sempat. Lagipun dewan di tempat kelahiran saya di Setiawan, Perak penuh jadi kena cari tarikh yang ada kekosongan. “Ada juga permintaan supaya majlis diadakan di Kuala Lumpur kerana lebih mudah untuk sahabat handai hadir. Tengoklah macam mana nanti, saya akan fikirkan perkara ini",katanya.


Acara membatalkan air sembahyang
Pemberian dari suami tercinta
Akui Hassan, dia mengenali Ulfah selepas program IM2 tamat menerusi seorang kenalan. Bermula dengan melihat gambar timbul rasa berkenan di hati. Maka pertemuan diatur di mana Ulfah ditemani abangnya. Keperibadian Ulfah membuatkan hatinya terpaut. Yakin itulah jodoh terbaik buatnya, rombongan meminang diutus pada November lalu dan selepas pulang dari menunaikan Haji pada penghujung Disember, perancangan melangsungkan perkahwinan mula diatur. “Saya dan Ulfah berkomunikasi menerusi kiriman SMS dan kami sepakat untuk bercinta selepas berkahwin.

Ulfah sedang menanti panggilan memulakan tugas sebagai pendidik dan kini menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya. (Kredit: CTHoney.blogspot.com)


Imam Muda Hassan & Fadatul Ulfah
Fadatul Ulfah sudah sah menjadi isteri kepada Imam Muda Hassan

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment