Edisi Hangat! Liga Super: Selangor Padam Ego Kelantan apabila menang 2-1!

Oleh Kaki Wayang on

SELANGOR menewaskan pasukan The Red Warriors 2-1 dalam persaingan Liga Super 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Walaupun gagal mengutip tiga mata pada perlawanan kelapan, Kelantan masih mendahului kedudukan carta liga dengan kutipan 17 mata, iaitu dua mata di depan pencabar utama, Perak.

Dengan lapan perlawanan setakat malam ini, Kelantan memenangi lima pertemuan, seri dua kali dan tewas sekali. Kelantan telah mengumpulkan 17 mata untuk kekal di tangga teratas persaingan Liga Super.

Perak memperoleh 15 mata, Terengganu (14), Lions XII (14), T-Team (13), Negeri Sembilan (12) dan Selangor (12).

Pemain pasukan Selangor seolah mendapat nafas baru bermain secara teratur apabila Safiq Rahim menjaringkan gol pertama menerusi rembatan deras pada minit ke-47 diikuti jaringan pendatang baru Selangor Basko Balaban pada minit ke-75. Gol saguhati Kelantan dijaringkan S.Subramaniam pada minit ke-92.

Perak yang menduduki tangga kedua carta liga pula tumpas 1-2 kepada Lions XII di Stadium Perak, Ipoh. Gol pasukan Lions XII dijaringkan Mohd Sharil Ishak pada minit ke-17 dan Shaiful Esah pada minit ke-75, manakala gol saguhati Perak disumbangkan Michal Kubala pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti.

Sementara itu, T-Team mengalahkan Felda United 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Gol T-Team dijaringkan Mohd Faiz Subri pada minit-31 dan 69 mankala Zairo Anuar melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga pada minit ke-84.

Di Stadium Likas, Sabah, pasukan tuan rumah dengan mudah menewaskan pasukan tercorot, Kuala Lumpur 2-0 hasil jaringan Mohd Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-36 dan Michael William Bird (minit ke-46). Johor FC pula tumpas 1-2 kepada Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor. Gol tuan rumah dijaringkan Arthur Henrique pada minit ke-21, manakala gol Sarawak dijaringkan Guy Bwele (minit ke-33) dan Mohd Azizan Baba (minit ke-74).

Selangor PKNS mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, manakala Terengganu juga seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment