Edisi Informasi! 50 tahun pegang jawatan bilal!

Oleh Kaki Wayang on



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sejak pelajar cuti ni, rasa macam banyak pula idea nak berblog (tazkirah) ni..entri seterusnya adalah mengenai seorang bilal yang dah 50 tahun memegang jawatan BILAL..insyaAllah saya (merupakan seorang Bilal) akan cuba ikut jejak langkah pak cik ni kalau mampu..pak cik ni mampu, takkan saya tak mampu (begitulah cara nak memotivasikan diri orang lain dan diri sendiri..)

Meh Ikuti kisahnya..

Setelah berkhidmat selama 50 tahun sebagai bilal Masjid Mahmudiah Mukim Kangkong, Mat Ali Mamat, 85, mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada generasi baru, untuk memegang jawatan tersebut, semalam.  Bekas bilal, Mat Ali berkata, demi kepentingan penduduk dan jemaah masjid, dia rela melepaskan tugas dipikul sejak berusia 35 tahun. Menurutnya, banyak kenangan manis diperoleh di sepanjang tugasnya sebagai bilal, kerana tugas itu sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya sejak puluhan tahun lalu.

“Saya mula memegang peranan sebagai bilal pada tahun 1962 dan sehingga kini, sudah enam Tok Imam bertugas bersama saya di sini. “Saya juga tidak menyangka akan menjadi bilal masjid dalam jangka masa yang lama,” katanya selepas majlis perpisahannya dan sambutan Maulidur Rasul, semalam.

Mat Ali berkata, selepas ini, dia akan menghabiskan masa bersama anak dan cucu, namun semua aktiviti masjid tidak akan ditinggalkan. Menurutnya, Masjid Mahmudiah amat aktif menjalankan aktiviti keagamaan seperti tazkirah, majlis tahlil dan banyak lagi. Maka katanya, meskipun dia tidak lagi memegang sebarang jawatan, dia akan cuba menjadi salah seorang jemaah tetap di masjid ini.

“Saya memohon maaf, kepada semua anak mukim di sini, kerana memegang peranan Tok bilal terlalu lama. “Sepanjang 50 tahun sebagai Tok Bilal, saya mohon maaf kerana saya mungkin melakukan kesilapan secara tidak disengajakan,” katanya.

Ustaz Kaki Wayang

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment