Edisi Panas! Tentera AS bakar kitab suci al-Quran cetus kemarahan Umat Islam - Amerika Mohon Maaf!

Oleh Kaki Wayang on


Amerika Syarikat memohon maaf atas tindakan tenteranya membakar kitab suci al-Quran yang diambil dari rak sebuah perpustakaan pusat tahanan bersebelahan dengan pangkalan besar askarnya di timur Afghanistan atas alasan ia mengandungi mesej atau ungkapan bersifat ekstrim. 

Rumah Putih pula bersetuju dengan pandangan pegawai tentera yang mengatakan pembakaran al-Quran dan bahan bacaan Islam lain selepas dibuang dalam timbunan sampah, adalah tidak disengajakan. 
 
Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak menghormati agama Islam. Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu mengenainya kami hentikannya. - John Allen, Pemerintah kanan tentera Amerika dan NATO di Afghanistan 
 
Namun, lebih 2,000 penduduk Afghanistan membantah insiden di luar Pangkalan Tentera Udara Bagram yang didorong tuduhan bahawa tentera asing tidak menghormati budaya mereka dan agama Islam walaupun askar Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia berundur menjelang 2014.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di luar Pangkalan Udara Bagram, satu daripada pangkalan terbesar Amerika di Afghanistan, menjerit, ‘Mati, mati, orang asing!’ Sesetengah melepaskan tembakan raifal ke udara. Orang lain membaling batu ke arahi pintu pagar pangkalan tentera itu dan membakar tayar.

Selain protes di Kabul, bantahan turut berlalu di Jalalabad dan lima orang maut selepas penunjuk perasaan bergaduh dengan anggota keselamatan.

Pemerintah kanan tentera Amerika dan NATO di Afghanistan, Jeneral John Allen, berkata buku itu tersilap diberi kepada tentera untuk dibakar.

“Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak menghormati agama Islam. Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu mengenainya kami hentikannya” kata Allen.

Seorang pegawai tentera Barat yang tahu mengenai insiden itu mendakwa, al-Quran dan bacaan Islam lain dalam perpustakaan itu digunakan untuk menghasut pelampau dan tahanan di Pusat Tahanan Parwan bersebelahan Bagram, bertukar mesej keganasan selepas menggunakan bahan bacaan itu.

Pegawai tentera yang enggan dikenali itu berkata beratus-ratus penerbitan termasuk al-Quran, dikeluarkan dari perpustakaan. Sesetengah penerbitan mempunyai kandungan bersifat ekstrim manakala yang lain ada mesej bertulis,” kata pegawai. Pegawai berkata dokumen itu hitam dan terbakar namun tiada satu pun daripadanya musnah sama sekali.

“Kami akan teliti alasan bahan itu dikeluarkan. Kami akan meneliti di mana keputusan dibuat untuk menghapuskannya dengan cara ini,” kata Allen.

Beliau turut mengeluarkan perintah baru mengarahkan semua tentera bersekutu di Afghanistan tahu cara menguruskan bahan keagamaan selewat-lewatnya 3 Mac depan. Latihan itu termasuk pengenalan bahan keagamaan, serta cara menguruskan dan simpanan, katanya.

Rumah Putih turut memohon maaf dengan setiausaha media Jay Carney menyifatkannya ‘satu insiden malang’ yang tidak menunjukkan perasaan hormat tentera Amerika wujud kepada amalan agama rakyat Afghanistan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment