Edisi Pelik! Alat Ciuman Jarak Jauh Dicipta!

Oleh Kaki Wayang on

Alat Ciuman Jarak Jauh Dicipta...Mahu Cuba?
Di Singapura, seorang pencipta Hooman Samani telah berjaya mereka bentuk sejenis alat untuk mencipta SUASANA BERCIUM menggunakan dua bibir tiruan yang bergerak! Alat ini dinamakan sebagai ‘Kissenger’, iaitu gabungan perkataan Kiss dan Messenger.

Cara penggunaan alat ini mudah saja. Pengguna akan mencium sejenis alat peranti pemancar yang bersaiz seperti bola lisut. Peranti itu umpama bibir yang sangat sensitif pada sentuhan.



Untuk membolehkan alat Kissinger ini berfungsi, dua peranti alat berkenaan diperlukan bagi membolehkan proses ciuman jarak jauh itu berlaku. Untuk itu, dua individu atau sepasang kekasih yang ingin bercium harus mencium alat tersebut pada masa yang sama atau secara serentak.

Yang ‘potong stimnya’ alat tersebut berbentuk muka khinzir, jadi lupakanlah hasrat anda untuk mencubanya kecuali anda sanggup melupakan seketika ‘parasnya’, sebaliknya berimaginasi kononnya ia bibir milik insan yang menjadi pujaan anda. Apapun penciptaan alat ini tetap dianggap satu penciptaan yang hebat….apa kata anda, atau adakah anda juga termasuk dalam golongan yang ingin mencuba ‘keberkesanannya’?

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment