Edisi Sentap! Anak Remaja Kita Rosak, Anak Remaja Mereka?

Oleh Kaki Wayang on


ANAK REMAJA KITA SUDAH ROSAK, SIAPA YANG MESTI BERTANGGUNGJAWAB?
Bukan Persaoalan... Bagaimana harus kita atasi???

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri, suka berfoya-foya dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang tidak tahu apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat. Mereka jinak dengan maksiat. Rokok, dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia, bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri mereka untuk menolak pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini.

Malahan apa yang ada dalam diri mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa sahaja asalkan dapat berhibur.Tidak ada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat jadikan role model dalam hidup mereka kecualilah para-para artis, dan jaguh-jaguh sukan. Mereka inilah yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang cuba mereka tiru. Apa hasilnya?. Apakah akan terjadi pada orang yang meniru para artis dan ahli sukan juga. Mungkin ada sedikit yang mampu dan berkebolehan. Yang ramainya akan kecundang. Mereka akan cari jalan lain untuk memenuhi keinginan mereka itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment