Edisi Sentap! Anonymous Berjaya Paksa CIA Tutup Laman Web!

Oleh Kaki Wayang on

Anonymous Berjaya Paksa CIA Tutup Laman Web

Kumpulan penggodam internet terkenal yang dikenali sebagai “Anonynous” mengganas lagi apabila dilaporkan berjaya mencuri data maklumat peribadi seramai 46,000 orang dari pengkalan data Agensi Perisikan Pusat (CIA), pada Jumaat baru-baru ini.

Ekoran itu, agensi perisikan terkemuka milik Amerika Syarikat itu terpaksa menutup laman web mereka selama sembilan jam bagi mengelak dari terus digodam kumpulan penggodam yang berniat mencuri data-data sulit yang lain.

Anonymous yang mengaku bertanggungjawab menggodam data CIA itu memberitahu bahawa mereka berjaya mendapatkan maklumat berkaitan nombor sekuriti sosial, nombor pendaftaran kenderaan, nombor telefon, alamat dan rekod-rekod jenayah.

Data-data tersebut diperoleh dari Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Alabama dan kumpulan penggodam itu menyatakan bahawa tindakan itu dilakukan ekoran penguatkuasaan jabatan itu yang dikatakan bersifat perkauman yang disasarkan terhadap golongan imigran.

“Anda mengadu tentang pendatang yang meningkatkan kos kewangan negera, tapi, anda tidak peduli pula tentang membelanjakan wang yang sama untuk melindungi rakyat anda sendiri,” kata kumpulan tersebut di laman web mereka.

Dalam kejadian tersebut yang dipetik dari Dailymail.uk.com, jurucakap jabatan berkenaan, Barbara Dortmund berkata bahawa pihak berkuasa Utah memberi amaran awal tentang kemungkinan penggodam yang mensasarkan bandar Alabama.

Bagaimanapun, para penggodam itu telah menyerang ‘webmaster’ di bandar tersebut dan mencuri data-data yang terkandung di dalamnya. Difahamkan juga bahawa Anonymous turut mensasarkan Salt Lake City, Boston, Syracuse, New York dan Greece dalam serangan berangkai tersebut. Selain itu, mereka juga menjadikan institusi kewangan seperti Visa dan Mastercard sebagai sasaran, serta turut menyerang Gereja Saintologi. Mengejutkan, sumber rasmi dari jabatan-jabatan bandar tersebut menyatakan bahawa mereka tidak sedar bahawa laman web dan komputer-komputer mereka telah digodam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment