Edisi Sentap! Bila Nafsu Menguasai Diri Beginilah Jadinya - Abang Rogol Adik!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Astaghfirullahalazim..begitulah keadaannya apabila NAFSU menguasai diri..SYAITAN yang direjam konfem akan suka dan tergolek-golek apabila dia mampu untuk menyesatkan manusia dengan memerintahkan nafsua agar bermaharajalela dalam diri manusia..akibatnya Abang rogol Adik..satu perkara yang sangat tak boleh diterima akal..

Begitulah keadaannya apabila kisah yang bakal diceritakan ini begitu sedih apabila memikirkan akan masalah bejat sosial yang melanda..kekurangan didikan agama dan perhatian menyebabkan banduan ini yang juga merupakan seorang penagih sanggu merogol adiknya sendiri..tak puas dengan itu..abangnya mengugut dengan sebilah pedang jika sekiranya adiknya memberitahu kepada sesiapapun mengenai perbuatan sumbanya itu..

Ikuti kisahnya di sini..


Seorang bekas banduan menggeletar ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan merogol dan mengugut adik kandungnya dengan pedang, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Wan Fadilah Nor Wan Idris di sini hari ini.

Tertuduh yang melakukan kesalahan sumbang mahram itu selepas dua hari dibebaskan daripada penjara akibat kesalahan dadah, kemudiannya dijatuhi hukuman  penjara 12 tahun dan lima sebatan bagi kedua-dua kesalahan itu. Dia dihukum penjara 11 tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol dan penjara setahun bagi kesalahan mengugut tetapi perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan selepas Hakim Wan Fadilah Nor memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berturutan.

Terdahulu, tertuduh yang berumur 37 tahun hanya tunduk dan mengangguk faham ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadilah Nor.

Dalam keadaan menggeletar, dia kemudiannya mengaku salah. Dia didakwa telah secara paksa merogol adik perempuannya yang berumur 24 tahun di belakang sebuah rumah di Kuala Besut pada 10.30 malam, 10 Februari lalu mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta boleh dikenakan sebatan.Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah mengugut mangsa dengan sebilah pedang dengan tujuan menakutkan mangsa supaya tidak membuat laporan polis bersabit kejadian itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

P/s: Semoga kita dijauhkan dari perkara yang dimurki oleh Allah S.W.T

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment