Edisi Sentap! Duda gigit telinga polis dipenjara dua bulan!

Oleh Kaki Wayang on

MOHD. SHUKRI diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas dia didenda RM2,000 semalam.
 

Tindakan seorang duda yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga hampir putus minggu lalu berbalas apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Shukri Muda, 34, yang berjalan terhencut-hencut akibat terkena tembakan di kaki yang dilepaskan anggota polis berkenaan mengaku salah atas perbuatannya. 

Mohd. Shukri semasa mendengar keputusan itu hanya menundukkan kepala di dalam kandang mahkamah. Dia bagaimanapun gagal membayar denda itu dan terpaksa meringkuk dalam penjara selama dua bulan.Difahamkan Mohd. Shukri yang bekerja sebagai tukang rumah mempunyai tiga orang anak dan baru sahaja bercerai dengan isterinya enam bulan lalu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment