Edisi Sentap! Gambar Pusat Hiburan Pantai Chenang!

Oleh Kaki Wayang on


“Berdasarkan pemantauan, terdapat tiga atau lebih pusat hiburan beroperasi secara terbuka yang menyajikan persembahan ala ‘live band’. “Ini termasuk penjualan arak berleluasa kepada pengunjung,” katanya, ketika operasi pemantauan di sekitar Pantai Chenang.
 
Abdul Rahin berkata, operasi bermula 11 malam dan berakhir sekitar jam 1 pagi itu dilakukan setiap minggu membabitkan kawasan Pantai Chenang sepanjang hampir dua kilometer. Menurutnya, hasil pemantauan juga mendapati sebuah kelab yang agak ‘ekstrem’ dipenuhi ramai pengunjung sebahagian besar adalah pelancong asing berkumpul di kawasan pantai.
 
“Ada antara mereka adalah masyarakat tempatan terdiri daripada anak-anak muda. Kami bimbang mereka terikut budaya Barat. “Perkara ini perlu dibendung kerana gejala sosial kian menjadi-jadi terutama penggunaan arak kalangan remaja dan belia,” katanya.
 
Abdul Rahin turut melahirkan kebimbangan kemungkinan pusat hiburan terbabit dipengaruhi aktiviti bahan terlarang seperti pil ecstacy secara tersembunyi. Katanya, pihaknya memohon pihak berkuasa memantau segera agar gejala itu supaya tidak mengganggu kehidupan masyarakat setempat, selain mencemar imej Langkawi sebagai pulau pelancongan.
 
Menurutnya, penjualan minuman keras didakwa berleluasa dan pihaknya kecewa serta khuatir tiada pantauan secara berkesan menyebabkan ada pengusaha pusat hiburan menjalankan perniagaan itu hingga lewat pagi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Unknown said...

xlama lagi kena tsunami la tu..gempa bumi terus tenggelam le

Post a Comment