Edisi Sentap! Kapten kapal Costa Concordia dipenjara 2,500 tahun!

Oleh Kaki Wayang on

Francesco Schettino
Kapten kapal persiaran mewah Costa Concordia yang karam Januari lalu Francesco Schettino, 52, boleh dijatuhkan hukuman penjara lebih 2,500 tahun jika disabitkan bersalah menyebabkan tragedi itu, meninggalkan kapal dan beberapa kesalahan menyebabkan kematian.

Tempoh hukuman itu dikira oleh akhbar Itali, yang menambah hukuman penjara yang dihadapi Schettino jika disabitkan bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya. Dia berdepan hukuman penjara lapan tahun bagi setiap seorang daripada 300 penumpang dan krew yang ditinggalkan di atas kapal berkenaan ketika ia karam di perairan pulau Giglio pada malam 13 Januari lalu. 
 
Schettino, dilaporkan melarikan diri dengan bot keselamatan dan menyaksikan usaha menyelamat dijalankan dari pantai. Schettino berdepan tambahan 15 tahun penjara jika disabitkan bersalah menyebabkan kematian dan 10 tahun jika didapati bersalah menyebabkan kemalangan itu.

Seramai 32 orang dikhuatiri mati dalam kemalangan itu, yang berlaku ketika kapal berkenaan belayar terlalu dekat dengan pantai Giglio yang berbatu pada awal pelayaran ke Mediterranean.

Mahkamah di Florence kelmarin mendengar permohonan pendakwa dalam kes memindahkan Schettino, 52, dari dikenakan tahanan dalam rumah ke penjara. Pendakwa berkata, ada risiko dia cuba melarikan diri atau menjejaskan bukti sebelum perbicaraannya bermula. Namun, mahkamah turut mendengar hujah peguam Schettino, 52, yang memohon dia dibebaskan dari tahanan dalam rumah di Meta, Sorento dan dikenakan ikat jamin dan menegaskan anak guam tidak akan mengulangi kesilapan.

“Tidak mungkin dia melakukan jenayah lagi kerana buat masa ini mustahil dia diberi arahan mengemudikan kapal. Kami harap mahkamah akan membebaskannya,” kata peguamnya, Salvatore Parascandola.

Mahkamah akan membuat keputusan mengenai perkara itu Khamis.
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment