Edisi Sentap! Kau Siapa Untuk Tegur Aku - Aku Tetap Akan Ke Kelab Malam - Tasha Shila!

Oleh Kaki Wayang on


 Kan comel kalau Tasha Shila pakai tudung, Konfem "saham" dia tak jatuh

Tasha Shilla berkata, meskipun pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya berikutan kunjungannya ke kelab malam, namun semua itu tidak akan mengubah dirinya daripada terus mengunjungi tempat huburan berkenaan.

"Saya ke sana bersebab dan bukan selalu ke sana. Saya ke sana untuk meraikan hari lahir saya atau kawan-kawan. Meskipun pelbagai cerita buruk dijaja berikutan kunjungan saya ke sana namun semua itu, tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi.

-          Tasha Shila

Begitulah ungkapan artis beragama Islam yang mendakwa dirinya masih waras..kadang-kadang ramai dan kebanyakan artis bila menjawab soalan wartawan, mereka akan nampak seperti sangat “rasa bersalah” dan ketakutan serta gelabah pada raut wajah mereka..kerana mereka sebenarnya memang bersalah..

Sebagai artis sudah seharusnya menjadi panduan dan teladan yang baik kepada masyarakat sekelilingnya..sepatutnya tidak akan keluar perkataan dan ayat tersebut dari mulut seorang artis..

Lebih parah lagi bila artist/ sesiapa jua, kata macam ni..(Tasha Shila tak kata macam ni ok – perumpamaan sajooo)..”Ko ingat orang yang pergi ke Kelab Malam tu tak solat?” Ko ingat orang yang tak pakai tudung tu tak solat dan tak baik?” Macam ni laaa..Orang yang beriman dan dapat membezakan baik dan buruk sudah tentu tak kan pergi ke tempat-tempat macam tu..dan sudah tentu dia tak kan tinggalkan solat..tetapi kalaupun manusia itu solat tapi ke Kelab Malam.. dan Kelab Malam itu sebenarnya apa? Tempat yang mengundang pelbagai maksiat..dah tentulah tak baik kan?..sekurang-kurangnya orang yang pakai tudung itu sudah menjalankan perintah Allah S.W.T dan menghalang dirinya untuk datang ke Kelab Malam..

Sebagai seorang penulis, aku ni sebenarnya bukanlah sebaik alim ulama, para anbia’, para syuhada’..namun bagi orang Islam dan beriman sudah tentu mereka mampu membezakan yang mana hak dan yang mana bathil, yang mana baik dan yang mana buruk..Kelab Malam itu sahaja sudah mengundang pelbagai bisikan syaitan di dalamnya..menyebutnya sebagai Kelab Malam akan menyebabkan masyarakat berfikir dan mengata yang..”eh, dalam tu mesti banyak maksiat kan..mesti ada botol arak kan..mesti diorang minum kan”..secara tak langsung mengundang kepada fitnah..

Untuk mengelak dari orang berkata mudah saja..tak yah dah pegi ke tempat-tempat macam tu..kita faham yang ramai remaja masih muda dan berdarah muda..keinginan ke tempat itu membuak-buak..namun, apa faedah yang kita dapat bila ke sana? Keseronokan? Selama mana kita mampu kecapi keseronokan itu?

P/s: Sama-samalah kita muhasabah diri..yer..yang baik itu datang dari Allah S.W.T..dan yang buruk itu adalah kelemahan dari diri saya sendiri..(dah macam penceramah bebas dah aku ni..) jangan terasa pulak yer..sekadar perkongsian muhasabah..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

eMMe said...

takleh tegur retis skrg ni, dia je la yg betol, nyampah!

Post a Comment