Edisi Sentap! Pengodam dedah kod antivirus Symantec!

Oleh Kaki Wayang on



Seorang pengodam mendedahkan kod sumber perisian antivirus pcAnywhere, keluaran Symantec, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa pihak-pihak tidak bertanggungjawab akan menceroboh komputer pelanggan yang menggunakan produk firma itu.

Kod perisian itu didedahkan semalam selepas perundingan menerusi e-mel dengan pengodam, yang dikenali sebagai YamaTough, diberikan bayaran AS$50,000 (RM150,000) gagal.

Kandungan e-mel mengenai perundingan disebarkan kelmarin, lapor Reuters.

Pengodam telah berkali-kali mengatakan akan mendedahkan kod sumber perisian tetapi pihak penguat kuasa mahu perundingan diadakan bagi membolehkan firma itu menggunakan masa yang ada untuk menyediakan kod sumber alternatif.

"Symantec sudah bersedia untuk menghadapi situasi jika kod didedahkan," kata jurucakap firma, Cris Paden sambil menambah,  pihaknya juga mengambil langkah bagi melindungi kepentingan pengguna menerusi kod sumber alternatif.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment