Edisi Sentap! Penulis hina Nabi ditahan sebaik tiba di Riyadh!

Oleh Kaki Wayang on

Wartawan Arab Saudi yang dikehendaki di negara itu atas komen menghina Nabi Muhammad ditahan selepas dihantar pulang dari Malaysia dan akan menghadapi dakwaan hina Islam, lapor media, semalam.

Hamza Kashgari “ditahan sebaik dia tiba di Riyadh malam kelmarin”, lapor akhbar berbahasa Inggeris Arab News. “Sumber berkata Hamza ditemani oleh pihak berkuasa Saudi dalam penerbangannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khaled di Riyadh,” lapor akhbar itu.

Dia akan “menghadapi dakwaan hina Islam”. Hamza, 23, ditahan di Malaysia minggu lalu selepas melarikan diri dari Arab Saudi ekoran bimbang nyawanya terancam selepas mesej di Twitter mengenai Nabi Muhammad yang ditulisnya mencetuskan kemarahan ramai.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment