Edisi Sentap! Rakam aksi wanita dalam tandas!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang lelaki didenda B$4,000 (RM9,600) atau sekiranya tidak membayar denda, ditahan empat bulan penjara, kerana mengaku bersalah di bawah Sekyen 509 kerana didapati melanggar privasi seorang wanita ketika berada di dalam sebuah tandas. Defendan itu, Md Suhaini bin Suani, 25 tahun, yang bekerja sebagai pencuci di sebuah stesen minyak di Daerah Tutong dihadapkan ke mahkamah, semalam.
Dia melakukan kesalahan itu pada 17 Disember, 2007.

Dalam kenyataan yang dibaca, Md Suhaini dituduh mempunyai niat merakam mangsa, yang namanya tidak didedahkan, ketika menggunakan tandas di stesen minyak itu.

Dia dikatakan masuk ke dalam tandas itu dan meletakkan telefon bimbit 3G di atas para yang digunakan untuk menyimpan bahan pencuci berdekatan mangkuk tandas yang digunakan oleh mangsa dan kemudian melihat rakaman mangsa dalam keadaan separuh bogel, sedang membuang air.

Perbuatan defendan itu didedahkan beberapa hari selepas itu selepas penyelia wanita stesen itu melihat telefon bimbit defendan yang sedang dicas dan ditinggalkan di atas meja di pejabat.

Dia kemudian melihat kandungan telefon itu dan terjumpa rakaman video itu. Penyelia itu kemudian menghubungi dua orang rakan sekerja dan meminta mereka segera datang ke stesen itu. Setelah bersetuju, mereka pergi ke rumah mangsa dan menunjukkan video itu.

Mangsa yang terkejut dan malu, terus melaporkan perkara itu di Balai Polis Tutong keesokan harinya pada 22 Disember 2007. Md Suhaini tidak mempunyai rekod sabitan jenayah sebelum ini dalam kenyataannya dia bertindak atas dasar emosi kerana dia “sukakan wanita itu” dan rakaman itu adalah untuk kegunaan peribadinya. Dia berkata itu adalah perbuatan pertamanya dan dia tidak menunjukkan rakaman itu kepada sesiapa.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment