KERANA kesempitan wang untuk membayar
yuran pengajian, seorang mahasiswi sebuah universiti di New Zealand
nekad melelong daranya melalui Internet.
Lelongan dara pelajar berumur 19
tahun itu dibuat baru-baru ini menerusi ‘tawaran harga tertinggi’ di
laman web ineed.co.nz yang berpusat di Hamilton, berhampiran Universiti
Waikato, 393 kilometer dari sini.
Di bawah tajuk Hubungan Untuk
Dijual, pelajar itu yang menggunakan nama samaran Unigirl memberitahu,
dia berperwatakan menarik dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi
membayar yuran universiti.
“Saya tidak pernah melakukan
hubungan seks dan masih dara. Keputusan menjual dara ini dibuat dengan
penuh kesedaran dan saya sanggup menanggung segala risikonya,”
tambahnya.
Pemilik laman web berkenaan,
Ross McKenzie memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa iklan itu tidak
menyalahi undang-undang atau menyinggung masyarakat.