Edisi Sentap! Siapa Sebenarnya Gadai Akidah - Adakah Anwar Ibrahim atau..?

Oleh Kaki Wayang on


Lima hari yang lepas Mufti Perak telah menegur PM kerana menghadiri sambutan hari Thaipusam di Batu Caves. Jika kita lihat dengan mata kasar nampak ianya tidak ada sebarang kesalahan kerana Datuk Najib bukannya masuk ke dalam kuil atau melakukan upacara-upacara keagamaan hindu. Beliau hanya hadir di persekitaran kuil untuk mengambil kesempatan bertemu dengan orang-orang india yang berkumpul di sana pada hari itu.


Oleh kerana orang yang pakar dalam hal ehwal agama islam seperti Mufti Perak kata tak boleh , maka kita kena hormat nasihat beliau. Beliau lebih tahu dari kita, sebab itu beliau dilantik sebagai Mufti.


Telah lima hari Tan Sri Mufti Perak menegur PM, sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin atau ahli-ahli Umno yang bangkit melawan atau mempertikaikan nasihat Mufti. Inilah kelebihan Umno, mereka terbuka menerima teguran atau kritikan. Sebab itu Umno boleh bertahan lama walaupun telah menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan dugaan.

Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa banyak fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulaRmak-ulaRmak Pas mempertikaikan Mufti Perak.

Kalaulah yang ditegur tempohari Anwar Ibrahim atau pemimpin-pemimpin Pas, entah berapa bakul sumpah seranah, makian dan cacian yang diterima oleh Tan Sri Harussani. Haramsani, haram jadah, ulama duit dan macam-macam perkataan lagi semuanya akan keluar . Sejarah telah membuktikan perkara itu pernah berlaku.

Tetapi apabila Mufti Perak menegur PM, gelagat mereka seperti burung merpati ditabur beras. Zurrrrppppppp…….sepantas kilat , sahut menyahut mereka memuji Mufti yang puak-puak mereka gelarkan haraMsani dan haram jadah.

Ketua Penerangan Pemuda Pas – Sumber berita : harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Pusat mahu lebih ramai para ulama, mufti dan golongan agamawan tampil menyatakan pandangan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam minggu lalu.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohamad Nor berkata, golongan itu perlu berani untuk menyatakan kebenaran seperti yang ditunjukkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membantah tindakan Najib itu dan menyifatkannya sebagai ‘menggadai akidah’.

“Pemuda PAS melihat keberanian inilah yang perlu ditunjukkan oleh para Mufti di negara ini apabil melihat kemungkaran berlaku di depan mata tanpa mengira siapa pun pelakunya.

DIPENDEKKAN CERITA...

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya Anwar wakilkan pemimpin beragama Hindu untuk menggantikan dirinya… sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,”

Tuan Guru Nik Aziz atau ulama-ulama Pas sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir dalam perayaan itu .
 

Apakah apa yang dilakukan oleh Anwar diatas tidak menggadai akidah ? Gambar ditas dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.

Sekarang mari kita tunggu komen dari Mahfuz Omar dan pemuda-pemuda Pas.

Kredit: MynewsHub

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment