Telinga kiri seorang anggota polis berpangkat konstabel hampir putus
selepas digigit seorang suspek yang cuba melarikan diri ketika baru
ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Gong Badak di sini kelmarin. Sebelum kejadian pukul 9 malam, suspek lelaki berusia 34 tahun dari
Batu Rakit di sini berpura-pura mahu muntah sebelum dia menolak
Konstabel Amran Yahya, 23, dan terus melarikan diri.
Bagaimanapun, Amran berjaya mengejar suspek yang belum sempat keluar dari kawasan balai menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.