Edisi Simpati! Al-Fatihah - Faris Nur Daniel Telah Pergi Meninggalkan Kita Selamanya!

Oleh Kaki Wayang on


faris

Allah S.W.T lebih sayangkannya..Akhirnya Faris meninggalkan kita..setelah beberapa kali membaca kisah Adik Faris ini ternyata ianya meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang membaca dan mengikuti kisahnya..begitulah keadaannya apabila Arwah Rara Zikry pergi tinggalkan kita..

Kepada semua pembaca, Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Adik Faris..semoga rohnya dicucuri rahmat..dia sebenarnya terlalu kerdil untuk menerima ujian Allah S.W.T ini..namun apakan daya Allah S.W.T menguji setiap manusia dengan pelbagai cara..dan dengan cara inilah terpalit sejuta hikmah agar Adik Faris tidak lagi menderita atas kesakitan yang ditempuhinya..Al-Fatihah...



“Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital’

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi. Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga. Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.
Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.


Faris Nur Daniel, 6 tahun dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center) sejak 1 Februari. Ketika itu anak kecil berkenaan terkena sawan otak dan kesan pada otak. Namun, hari ke-4 doktor mengambil air tulang belakang, arwah dikesan mempunyai penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah.


Sebelum ini, selepas 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit menanggung bil berjumlah RM96,957.68. Kisah Faris asalnya diketengahkan bagi membantu keluarganay menjelaskan bil hospital apabila jumlah insuran kedua ibu-bapanya tidak mencukupi.


Penulis mungkin tak layak nak cakap banyak, tapi sebagai seorang wartawan, penulis ucap terima kasih pada Mazidul yang dengan tulus hati tidak putus-putus menulis kisah arwah di blognya sebelum ini. Contoh kewartawanan yang prihatin.

Totally from: Mynewshub

P/s: Tak boleh nak bayangkan kesakitan dan penderitaan yang ditempuhi oleh Adik Faris Nur Daniel..bergenang air mata apabila melihatnya terbujur kaku..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment