skip to main | skip to sidebar
The Kaki Wayang!

Home » Mohd Sanusi Mohamad » Edisi Simpati! Legenda badminton negara kembali ke rahmatullah!

Edisi Simpati! Legenda badminton negara kembali ke rahmatullah!

Oleh Kaki Wayang on

Tweet

saha sanusi meninggal

Mohd Sanusi Mohamad, 67, atau turut dikenali Saha Sanusi yang juga merupakan legenda badminton negara kembali ke rahmatullah, kira-kira jam 9.20 malam kelmarin, di Hospital Columbia Asia, Cheras akibat kanser darah tahap akhir.

Menurut anaknya, Hartyny Saha, 33, berkata, ayahnya menghembuskan nafas terakhir setelah lebih enam bulan terlantar dan sejak sebulan lalu kesihatan kurang mengizinkan sehingga gagal bergerak.

“Sebelum ini arwah hanya disahkan menghadapi masalah jantung juga tulang belakang, malah daripada pemeriksaan bulanan pun tidak dapat mengesan penyakit kansernya.

“Cuma pada Isnin lalu, selepas lebih tiga hari arwah tidak menjamah makanan dan kami ahli keluarga khuatir melihatkan keadaan arwah semakin lemah, kami merujuk ke hospital sebelum dimaklumkan arwah menghidap kanser darah tahap akhir,” katanya kepada Sinar Harian.

Hartyny berkata, menjadi hasrat arwah agar mereka tujuh beradik meneruskan legasi Saha dalam arena badminton negara.

“Dua abang saya kini menjadi jurulatih badminton masing-masing di Itali dan Jerman, manakala empat cucu arwah kini turut menjadi wakil Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA).

Arwah meninggalkan balu Hayatee Ahmad, 65, tujuh anak, Cheiryl Saha, 41; Davincy saha, 40; Eddeeza Saha, 39; Fredyno Saha, 38; Geevien Saha, 36; Hartyny Saha, 33; dan Idyvino Saha, 21 serta 13 cucu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Labels: Lagenda Badminton, Mohd Sanusi Mohamad
Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
 

2010 All Rights Reserved The Kaki Wayang!.

Edited by Muhammad Aakif Firdaus @ Blog Paling Hangat!- Subscribe Penjana Minda Strategik