Edisi Tazkirah! Betapa Malunya Kita apabila...!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Sekali lagi Ustaz Kaki Wayang (amin..) nak kongsikan sedikit tazkirah pagi yang begitu menghiris hati kita semua..kenal tak siapa Rasulullah S.A.W? Konfemlah kan korang kenal (walhal kita sedikit pun tak kenal)..tapi berapa ramai antara kita yang tak kenal siapa dia Nabi Muhammad S.A.W, nabi junjungan besar yang kita sayangi..Orang yang mengenali Baginda adalah orang yang mengamalkan Sunnah-sunnahnya..orang yang lakukan semua suruhan Allah S.W.T..bukan sekadar cakap.."Awak kenal Rasulullah S.A.W tak? A'ah saya kenal sangat..dia tu Rasulullah S.A.W kita kan"..Hanya dengan berkata-kata dan tidak mengamalkan sunnah-sunnahnya tidak bermakna kita mengenalinya..
 
Nak jumpa Baginda tak nanti? Maka lakukanlah apa yang Allah S.W.T suruh dan tinggalkan apa yang dilarang..ikuti sunnah-sunnah Nabi agar hidup kita sebagai seorang Islam mendapat keberkatan Allah S.W.T..jom kita baca sesuatu yang begitu menusuk kalbu..semoga dengan sedikit "usikan" dan bisikan ini mampu mengubah hidup kita..

Betapa Malunya Kita Apabila….

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan penuh senyuman dan muka yan bersih di muka pintu kita. Apakah yang akan kita lakukan?

Semestinya kita akan sangat berbahagi memeluk baginda erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentu akan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya baginda singgah beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Namun mungkin kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di hadapan pintu kerana kita teringatkan VCD rated XXX yang ada di ruang tamu dan dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD itu ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum…

….Atau kita teringat lukisan wanita separuh bogel yang kita pasang di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa menyembunyikannya dengan teresa-gesa. Barangkali kita kelam-kabut memindahkan lafaz kalimah Allah dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita ganti kepada gambar wanita separuh bogel yang telah kita susupkan.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Bagaimana kalau Rasulullah bersetuju menginap di rumah kita? Barankali kita teringat kepada anak-anak kita yang lebih arif tentan lagu-lau barat yang melalaikan daripada selawat dan zikir. Kita tentu berasa malu memikirkan anak kita yan tidak mengetahui sirah Rasulullah kerana kelalaian kita mengajar mereka.

Baginda tentu tetap tersenyum…
……

Barangkali kita lebih malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui walau satupun nama ahli keluarga Rasulullah tetapi lebih menghafaz nama-nama artis, penyanyi, ahli-ahli sukan dan watak-watak kartun. Barangkali kita terpaksa menukar sebuah kamar mandi menjadi satu ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa anak gadis kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Belum lagi buku-buku kepunyaan kita dan anak-anak kita yang memaparkan gambar gadis yang mendedahkan tubuh jua auratnya untuk diratah oleh mata yang tidak takutkan azab Allah.

Belum lagi koleksi kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana harus kita singkirkan semua ini demi menghormati Nabi akhir zaman ini…?
…….

Barangkali kita akan malu kepada baginda apabila baginda tahu bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan akan tetap setia menyeru para mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada Rabbul Alamin.
Baginda akan tetap tersenyum…

Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan Maghrib berkumandang kita masih lagi sibuk dengan bola dan TV. Barangkali kita merasa malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita akan merasa malu kerana keluara kita tidak pernah mengerjakan solat sunat. Barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita jarang sangat membaca Al-Quran.

Bayangkan Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan rumah kita..Apa yang kita akan lakukan..? Masihkan kita akan memeluk junjung kita dan mempersilakan baginda untuk masuk dan menginap rumah kita…?

Atau akhirnya kita dengan berat hati terpaksa menolak kunjunan Rasulullah ke rumah kita kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dengan rasa malu…
…………..

Maafkan kami wahai Rasulullah…
Masihkan baginda tersenyum…?
Senyuman pedih, senyuman pilu, senyuman getir….

Oh betapanya malunya hidup kita ketika itu dihadapan mata Rasulullah…
Bayangkan... Renungkanlah... Fikirkanlah…


Yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan dari saya sendiri..semoga semua pembaca mendapat manfaat darinya..amin..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment