Edisi Terkini! Nurul Zakiah Hidayah Azman Lari Dari Rumah Sebab Nak Hidup Berdikari!

Oleh Kaki Wayang on

SAMER KHAN lelaki Pakistan yang didakwa membawa lari Nurul Zakiah pada 14 Februari lalu. 

Remaja hilang yang didakwa terkena ilmu pengasih Pakistan, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, telah menghubungi keluarganya kelmarin untuk menegaskan bahawa dia melarikan diri kerana ingin hidup berdikari.

Perkara itu disahkan oleh bapanya, Azman Saad, 51, yang turut memberitahu, Nurul Zakiah telah menghubunginya kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin untuk menyatakan perkara tersebut kepadanya.

Selain itu, dia memberitahu, anaknya itu turut merayu agar dia menarik semula laporan polis yang telah dibuat berkenaan kehilangannya sejak 14 Februari lalu.

"Dia menceritakan bahawa dia tidak lagi bersama dengan kekasihnya itu dan dia kini berhasrat untuk bekerja dan hidup sendiri," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan tentang ahli keluarga Nurul Zakiah yang merayu agar dia pulang selepas disyaki lari dari rumah kerana mengikut Samer Khan atau nama sebenarnya, Arsad Mohd., 20-an apabila cinta mereka mendapat tentangan keluarga.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Kuala Langat itu dikatakan telah terkena ilmu pengasih lelaki Pakistan tersebut hingga menyebabkan dia mula berbohong dan melawan cakap orang tua.

Mengulas lanjut, menurut Azman, walaupun hanya berbual selama seminit, dia berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit baharu anaknya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Makbed said...

deng..... ensem gak mamat pakistang ni. ngegegegegege..

Aziela said...

Kenapalahhh remaja zaman sekarang sanggup membelakangkan ibu bapa ekk....

Post a Comment