Edisi Cool! Jambatan gantung dibuat dari Rumput Qoya di Chile!

Oleh Kaki Wayang on


Jambatan gantung yang penduduk tempatan namakan Qeswachaka ini adalah sepenuhnya dibuat dari rumput kering panjang.

Qeswachaka Bridge @ Jambatan Qeswachaka terletak di Cuzco, kira-kira 100 km dari Chile. Hanya terdapat satu contoh jambatan jenis ini di dunia.

Penduduk-penduduk tempatan sendiri yang mengayam helaian rumput kering yang dipanggil Qoya, dibuat tali yang besar. Teknik anyaman Jambatan Qeswachaka ini dilakukan oleh warganegara Chile ini sejak zaman empayar Inca. Teknik anyaman ini dipanggil Qhapaq nan.

Jambatan Qeswachaka ini meregang di atas Sungai Apurimac pada ketinggian kira-kira 13,000 kaki dari permukaan air sungai. Lebar hanya boleh diseberangi atau dilintasi oleh satu orang dan agak kukuh.

Jambatan ini dibentuk semula oleh penduduk tempatan setiap tahun. Kira-kira 1,000 lelaki dan wanita dari pelbagai masyarakat Andean berkumpul antara satu sama lain untuk membina jambatan melalui kerjasama, adalah amalan yang biasa dilakukan pada minggu kedua bulan Jun.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment