Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan kadar gaji minimum, yang dinanti-nantikan sejak tahun lalu, pada majlis sambutan Hari Pekerja Mei ini.
"Nantilah, saya umum... tengok Hari Pekerja," kata beliau hari ini.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan, takrif berbeza diberikan oleh pihak majikan dan pekerja mengenai apa yang dimaksudkan dengan gaji minimum. Pihak majikan mentakrifkannya gaji bulanan yang termasuk gaji pokok, elaun sara hidup (COLA) dan bayaran kerja lebih masa.
"Nantilah, saya umum... tengok Hari Pekerja," kata beliau hari ini.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan, takrif berbeza diberikan oleh pihak majikan dan pekerja mengenai apa yang dimaksudkan dengan gaji minimum. Pihak majikan mentakrifkannya gaji bulanan yang termasuk gaji pokok, elaun sara hidup (COLA) dan bayaran kerja lebih masa.
Bagaimanapun, interpretasi pihak pekerja pula mengenai gaji minumum bermakna hanya gaji asas tidak termasuk elaun-elaun lain yang diterima.
Pada pandangan pihak majikan, sekiranya gaji minimum ialah RM1,000, dengan itu gaji yang dibawa pulang oleh pekerja sepatutnya RM1,000, ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), manakala pekerja menjangkakan membawa pulang gaji bersih sekurang-kurangnya RM1,300, oleh kerana RM300 itu adalah elaun termasuk bayaran lebih masa jika ada.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan, memberitahu Bernama hari ini, sangatlah mustahak kerajaan memberi penjelasan mengenai perkara ini apabila mengumumkan dasar berkenaan nanti. Khalid berkata, masih lagi terdapat banyak salah faham mengenai isu gaji minimum ini. Khalid berharap kerajaan akan meluluskan minimum RM1,000 dengan bayaran COLA RM300.
Beliau berkata dasar berkenaan tidak akan membabitkan pekerja sedia ada yang sudahpun memperoleh pendapatan melebihi jumlah tersebut, Ia akan hanya membabitkan pekerja baru dan mereka yang mendapat gaji kurang daripada gaji minimum yang dicadangkan. MTUC sudah memperjuangkan gaji asas ini sejak 1990.
Sementara itu naib presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata gaji minimum pengawal keselamatan masih lagi belum dipatuhi sepenuhnya oleh industri berkenaan. Walaupun kerajaan telah meluluskan paras gaji minimum mereka mulai 15 Februari tahun lepas antara RM500 ke RM700 bergantung pada lokasi, golongan pekerja berkenaan masih lagi belum dibayar jumlah berkenaan, katanya.
Beliau menggesa Jabatan Tenaga Kerja meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan pengawal keselamatan dibayar gaji sepatutnya oleh pihak majikan mereka