Edisi Hangat! Gambar Pernikahan Datuk Malek Noor dan Wan Asma Wan Ismail - Serius Hangat!

Oleh Kaki Wayang on


Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, 56, selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang doktor pakar kanak-kanak Hospital Pakar Perdana, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam satu majlis sederhana di penthouse Kelantan Trade Center (KTC) di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.



Majlis akad nikah itu diwalikan bapa kandung Dr Wan Asma sendiri, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, dengan mas kahwin senaskah al-Quran di tingkat 18 bangunan KTC berkenaan yang turut disaksikan kira-kira 30 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak pasangan pengantin itu. 


Dr Wan Asma menghantar tujuh dulang hantaran untuk Malek yang dibalas dengan lima dulang hantaran oleh pihak lelaki.
 
Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang. Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Noor Asmahan said...

Alhamdulillah..
Semoga perkahwinan mereka kekal smp syurga..

Kaki Wayang said...

InsyaAllah sama-samalah kita doakan yer..

Post a Comment