Edisi Hangat! Putrajaya, Bangi putus bekalan elektrik - Punca Terputus Bekalan!

Oleh Kaki Wayang on


Sebahagian besar kawasan di Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dekat sini bergelap kira-kira sejam semalam apabila sebuah pencawang elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi terbakar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Gangguan tersebut turut melibatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya. Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika dihubungi memberitahu, bekalan elektrik di dua kawasan tersebut bagaimanapun dipulihkan semula secara berperingkat-peringkat mulai pukul 10.30 malam.

"Gangguan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 9.20 malam tetapi bekalan elektrik mula disambung semula secara berperingkat-peringkat 50 minit kemudian," katanya

Sebuah transformer Tenaga Nasional Bhd (TNB) di stesen janakuasa Bandar Baru Bangi dekat sini meletup dan terbakar malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitarnya bergelap. Insiden letupan dan kebakaran kecil itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 9.20 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu telah menghubungi Balai Bomba Bandar Baru Bangi. Katanya, bekalan elektrik di kawasan terbabit kini telah pulih. Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment