Edisi Hangat! Yahoo saman Facebook - Facebook Didakwa Mencabuli 10 Paten Yahoo!

Oleh Kaki Wayang on



Yahoo! hari ini menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan.

Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan.

"Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya,” katanya.

“Teknologi ini adalah asas perniagaan kami yang melayani lebih 700 juta pelawat unik bulanan dan membuktikan semangat inovasi sejak Yahoo! ditubuhkan,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment