Edisi Informasi! Asap Rokok Rosakkan Rambut?

Oleh Kaki Wayang on


Menurut para penyelidik, asap rokok mampu menyebabkan keguguran rambut dan menjadikannya cepat beruban. Kajian juga menunjukkan bahawa asap rokok dapat merosakkan kelenjar dan hormon pertumbuhan rambut.

Penelitian yang dilakukan kepada 600 lelaki dan wanita yang sebahagiannya adalah dari golongan perokok menunjukkan bahawa perokok lebih cepat beruban berbanding bukan perokok.

Di dalam kajian lain yang dilakukan keatas 740 lelaki Taiwan berusia dalam lingkungan 40 hingga 91 tahun pula mendapati hanya mereka yang menghisap rokok secara berterusan atau mempunyai salasilah keluarga yang merokok yang mengalami masalah kebotakan.

Oleh itu, jika anda yang sentiasa inginkan rambut yang sihat dan cantik sehingga ke hari tua, jauhilah dan berhentilah dari tabiat merokok yang lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment