Edisi Agama! HUKUM Menolak Kepala Sama Seperti Menampar Muka!

Oleh Kaki Wayang on

HARAM (BERDOSA), dengan apa jua tujuan sekalipun..

Rasulullah saw bersabda :

"Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

(Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul di muka dan menolak kepala kerana :

1. Kepala ada anggota lembut dan paling atas serta menghimpunkan segala kebaikan..
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai..
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata..
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini, mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat..
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas..

Nasihat saya kepada sahabat sekalian, tolong jangan sekali-kali menghukum sesiapa di kepala..apa juga bentuk denda, perbuatan termasuklah tampar, tolak, ketuk, baling dan sebagainya kerana kepala itu merupakan anggota paling mulia yang dianugerahkan Allah, tempat sujud kita kepada Allah..

Dan tempat di mana letaknya otak yang BERFUNGSI mengawal atur segala pergerakan badan..HORMATLAH sahabat mengikut acuan dan akhlak Rasulullah..♥♥

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment