Edisi Informasi! Misai dan Janggut: Simpan atau Buang dan Kenali Jenis-jenisnya? - Wajib Baca!

Oleh Kaki Wayang on


Semasa saya kecil, saya sentiasa memaksa ayah agar mencukur janggut beliau, kerana tidak selesa dengan rasa kasar pipi beliau. Namun pada usia tersebut, saya tidak memahami apakah erti janggut dan misai pada seorang lelaki. Cuma saya tahu dahi saya cukup sakit terkena janggut beliau.

Pada pendapat para jejaka pula, janggut serta misai mereka bukanlah alat senjata untuk menyeksa. Malah, janggut dan misai mereka adalah symbol kelelakian (mereka turut katakan perkara sama tentang bulu dada, namun sehingga kini saya masih tidak memahami dimana relevan fakta ini).


Maka apabila anda menyuruh seorang jejaka untuk mencukur misai dan janggut beliau - sesuatu yang saya kerap kali memberitahu kepada hampir kesemua kenalan saya- ia seolah menyuruh beliau menjalani pembedahan vasektomi dan menyerahkan kelelakian beliau.

Misai dan janggut merupakan isu yang sangat subjektif, ada yang suka dan ada yang tidak. Sebagai permulaan, ia bergantung kepada gaya peribadi dan cara seorang jejaka merias diri beliau. Di sini tersenarai beberapa gaya misai dan janggut pada jejaka, apa yang kami rasa dan samada anda harus menyimpan atau lebih wajar mencukurnya.

Janggut Penuh

Ya, inilah janggut yang memberikan kenangan buruk kepada dahi saya, namun digemari oleh para jejaka. Janggut penuh tidaklah seteruk mana seperti yang dilihat pada George Clooney. Terutamanya jika anda pandai menjaganya dan tidak membiarkan ia tumbuh seperti hutan (nota: Sacha Baron Cohen, tolong cukur janggut anda)

Goatee

Gaya ini memerlukan penjagaan rapi. Jika tidak, berhati-hatilah kerana anda pasti kelihatan seperti kambing. Satu lagi perkara yang perlu diingat adalah jangan cuba goatee berpotongan segi tiga.

Stubble


Pada pendapat saya, gaya ini sangat seksi. Ia tidak serabut dan memberikan gaya rugged dan berbahaya.

Jambang


Satu-satunya lelaki yang miliki jambang yang disetujui sangat bergaya di mata wanita seluruh dunia adalah Hugh Jackman. Beliau merupakan sebab mengapa jambang mampu kelihatan menarik, terutamanya kerana Elvis Presley menyebabkan jambang kelihatan menakutkan. Pastikan jambang anda terjaga dengan razor elektrik untuk kelihatan sehebat Jackman.

Kumis


Bradley Cooper merupakan seorang lelaki yang sangat tampan. Saya akui jatuh cinta pandang pertama tatkala menonton lakonan beliau sebagai seorang suami yang menduakan isteri beliau dalam filem ‘He’s Just Not That Into You’. Namun saat beliau menyimpan kumis, hancurlah perasaan cinta tersebut. Sekiranya kumis serasi dengan wajah anda, apa salahnya. Tetapi bagi saya, tolonglah, Bradley Cooper, cukurlah kumis anda. Dan jangan cuba kumis ala Charlie Chaplin!

Handlebar Stache



Cukur Bersih


Bijak, bergaya dan segar- tiga perkataan yang mentakrifkan gaya ini. Selain itu, gaya ini mampu membuatkan seorang lelaki kelihatan jauh lebih muda berbanding usia sebenar kerana akhirnya kami boleh melihat wajah anda yang begitu kacak, contohnya seperti pemain bola sepak dari Netherlands, Gregory Van der Wiel.

Dengan itu, persoalannya adalah: untuk cukur atau simpan misai mahupun janggut. Ya, anda miliki perwatakan anda dan tidak boleh dipaksa menjadi Gregory Van der Wiel (walaupun wanita seluruh dunia idamkan jejaka seperti Gregory). Simpanlah gaya yang serasi dengan personaliti, rupa dan penjagaan anda yang tersendiri. Yang penting, anda selesa dan yakin dengan gaya anda. Asalkan jangan bergaya seperti The Dictator sudahlah. 

Oleh Penulis: Atiqa Juana

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment