Edisi Informasi! Rahsia Di Sebalik Minum Air Kencing Unta!

Oleh Kaki Wayang on


Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakit). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis dari Sahih Bukhari)

Sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi Manusia telahpun mengenali Unta. Mereka menggunakan unta sebagai alat transport manusia dan pengangkutan barang. Di samping itu, unta juga dijadikan sebagai sumber gizi dengan meminum susu dan memakan dagingnya.


Sebenarnya Yang bermanfaat dari unta ternyata bukan hanya daging dan susunya saja tetapi juga air kencingnya. Ibnu Sina, penulis kitab Al-Qanun (panduan ilmu kedoktoran), “Ketahuilah bahwa susu unta adalah ubat yang bermanfaat. Kerana susu unta mengandung zat yang dapat melarutkan secara halus dan juga mengandung zat-zat khusus yang bermanfaat. Hal ini telah dicuba kepada orang yang ditempatkan di negeri Arab.”

“Ketika tertimpa bahaya mereka diminumkan susu unta lalu Mereka pun sembuh,” dalam pernyataan beliau, “air kencing yang paling bermanfaat adalah air kencing unta Arab.” Mungkin bagi sebagian orang air kencing itu adalah suatu hal yang menjijikan dan tidak bermanfaat , namun ternyata bahawa itu adalah suatu anggapan yang salah menegnainya, sesungguhnya air kencing Unta adalah penawar yang memiliki banyak manfaat yang luar biasa.

Telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. pada sebuah peristiwa yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa datang kepada rasulullah orang Urainah (di Madinah). mereka sakit kerana tidak sesuai dengan cuaca di Madinah. Dan rasulullah s.a.w. pun menyuruh mereka mencari unta, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu, Mereka pergi dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w, dengan izin Allah Ta’ala Setelah meminumnya mereka sembuh dari penyakit tersebut.

Kredit: http://hasnulhadiahmad.com

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment