Edisi Informasi! Rakaman Video Seks Tulen!

Oleh Kaki Wayang on


Hari ini, rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ahli politik .. telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang telah melakukan pemeriksaan terperinci terhadap video berkenaan.

Menurut kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar .. kini siasatan yang dijalankan oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berada dalam peringkat akhir.

"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini Jumaat.

Bagaimanapun, isu identiti si pelaku dalam video seks terbabit tidak didedahkan. Katanya lagi .. buat masa ini kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Sejak isu video seks ini dihebohkan .. seramai tiga individu telah ditahan untuk diambil keterangan dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis. Bagaimanapun ..beliau enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment