Edisi Majalah Hangat! Kenapa Anda Perlu Membeli dan Memiliki In-Trend - Inspirasi Gaya Hidup Anda!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdulillah..bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya kita masih mampu hidup di bumi Allah S.W.T ini sehari lagi atas belas dan ihsan Allah S.W.T memberikan kita peluang untuk terus mencari keredhaanNya dan berpeluang untuk memperbaiki apa yang berlaku dalam hidup kita semalam.

Pertamanya, terima kasih kepada pembaca Blog Betol-betol Hangat yang sememangnya hangat daripada biasa ini. Pada hari ini, penulis ingin berkongsi satu artikel “hangat” kat korang yang bertajuk “ Kenapa Anda Perlu Membeli dan Memiliki In-Trend - Inspirasi Gaya Hidup Anda”. Teruskan membaca......!

Sebelum itu, penulis sebenarnya (luahan jujur ikhlas) tidak berminat langsung nak membeli Majalah In-Trend ini. Salah satu sebabnya adalah, penulis suka baca majalah tapi malas nak membeli dan kadang-kadang majalah hiburan seperti ini kebanyakannya tidak seperti yang digambarkan. Maksudnya “Indah Khabar Dari Rupa”. Bercakap mengenai peribahasa tersebut, penulis ingin kongsikan sedikit pengalaman berkenaan dengan majalah dan peribahasa itu. Pernah sekali penulis membeli sebuah majalah hiburan, Majalah Tuttttttt…(nama, tajuk dan judul majalah dirahsiakan) dan majalah ini sebenarnya majalah yang begitu terkenal dari dulu sampailah sekarang. Pada ruang muka hadapan, pada ketika itu (tahun ini) penghias muka depan adalah Datuk Siti Nurhaliza. Siapa yang tak suka bila gambar beliau merupakan artis pilihan majalah tersebut untuk dijadikan penghias hadapan majalah dengan harapan dapat membaca sebanyak mungkin info mengenai Datuk CT. Nak dijadikan cerita, penulis pun membeli majalah “tutttt” itu.

Setelah membeli, seperti biasa penulis akan mula membacanya dengan penuh minat. Namun “Indah Khabar Dari Rupa” rupa-rupanya cerita Datuk CT tu sedikit sahaja. Tak penuh pun sekeping mengenai beliau. Korang tahu tak dalam tu bukan main banyak lagi (berhelai-helai pula tu) gambar lelaki dengan tak tutup auratnya (gambar model), pakai seluar pendek, nampak pusat dan sebagainya. “Model tu kira macam syok sendirilah, kira bajet comel”. Terus skip ke page lain. Tak cukup dengan itu, Mak pula baca. Tahulah kan bila orang tua baca majalah sebegitu (tambahan pula dia minat Datuk CT). Sampai kat page gambar model bajet comel tu, mak menjerit terus buang majalah tu.

Apa yang mampu penulis katakana di sini, diharapkan kepada semua majalah-majalah hiburan janganlah kerana nak sangat kaut keuntungan, pembaca pula disajikan dengan gambar-gambar seperti itu. Memadailah kalau gambar itu tidak keterlaluan. Kita sebenarnya tidak mampu untuk menghalang daripada berlakunya perkara-perkara sedemikian. Kita masyarakat Malaysia penuh dengan budaya ketimuran yang perlu akan tapisan dan sedikit teguran dan kefahaman akan sensitivity masyarakat sekeliling.

Ok, lupakan mengenai itu, kita kembali kepada tajuk utama kita mengenai Majalah In-Trend. Penulis merupakan salah seorang peminat dan pembaca setia kepada majalah ini. Korang dah dapatkan ke edisi Mac 2012? Kalau belum sila dapatkannya sekarang. Terdapat banyak info-info menarik khas untuk pembaca. Paling menarik sudah tentunya mengenai artikel 8 Muka Surat | 65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan In-Trend. Walaupun blog ini belum mampu menempatkan diri dalam senarai berkenaan, namun penulis berharap agar blog ini mampu diterima oleh semua pembaca tak kira muda atau tua. Pelbagai info akan diberikan diblog ini agar ianya sesuai dengan semua lapisan masyarakat.

Berbalik kepada In-Trend – Sebuah Majalah yang memaparkan pelbagai info menarik khususnya kepada mereka-mereka yang sukakan Fesyen, Gaya dan Idea-idea baru dalam menggayakan hidup seharian. Apa yang menarik dalam majalah ini, selain artikel 65 blog (akan diulas sebentar lagi) berkenaan, terdapat beberapa tajuk utama yang menjadi pilihan untuk menarik perhatian pembaca. Antaranya adalah Kecantikan, Fesyen dan Gaya Hidup. Setiap tajuk utama merangkumi pelbagai tajuk dan tips-tips menarik yang boleh kita manfaatkan. Sebagai contoh, terdapat beberapa petua untuk mengekalkan kulit cerah, kulit sejernih embut pagi (ayat tak hengat), klinik fesyen, kuliah cantik dan soal jawab fesyen. Antara lain tajuk yang turut menarik perhatian pembaca adalah mengenai beberapa artikel khas ditujukan kepada para pembaca yang sudah berkahwin dan berkeluarga. Juga disediakan pelbagai tips-tips untuk melayari bahtera perkahwinan buat pasangan-pasangan yang mempunyai impian untuk berumahtangga.

Anda tak tahu nak pakai pakaian apa? Bagaimana nak sesuaikan pakaian anda dengan majlis yang dihadiri? Bagaimana nak berpakaian kemas sesuai dengan imej dan bentuk badan anda? Semuanya terjawab di InTrend.

Keluaran edisi Mac merupakan edisi kegemaran penulis. Memandangkan penulis seorang blogger, majalah keluaran Mac begitu menarik perhatian apabila 65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan In-Trend dikongsikan di sini. Untuk pengetahuan para pembaca, Paparan Khas Blog Pilihan InTrend kini melangkah ke tahun ketiga, meraikan para penggiat media social baru. Setelah menempuhi pelbagai proses saringan dan kemudiannya pemurnian, akhirnya In-Trend memperkenalkan 65 blog pilihan In-Trend untuk tahun 2012.

Apa yang penulis dapati, ke semua blog yang menjadi pilihan In-Trend memang mempunyai kelebihan masing-masing. Antara kategori yang menjadi pilihan In-Trend adalah seperti Fesyenista, Hijabista, Santapan, Usahawan, Si Cilik Manja, Mahligai Cinta dan Anugerah Khas Juri In-Trend. Wow, 65 Blog terpilih. Semuanya mempunyai aura tersendiri. Di sini penulis ingin kongsikan senarai 65 Blog yang terpilih. Sebelum itu, terima kasih diucapkan kepada Abg. Hasrulhassan atas senarai blog tersebut. Kredit penuh ke atas blog dan dirinya atas kesudian menulis senarai itu walaupun agak letih juga nak taip satu-satu senarai itu.


Best tak kalau masuk majalah? Confirmlah best kan. Giliran saya bila pula yer. Entah-entah tak kan termasuk pun dalam majalah. Blog buruk, blog tak cantik, blog tak comel dan blog tak best macam mana nak masuk majalah..kan… So, apa lagi belilah In-Trend sekarang, anda tidak akan menyesal membeli atau melanggannya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Hanna Nabiella said...

Macam mane nk jdi plihan intrend nie ye?? Heee

Post a Comment