Edisi Pelik! Kera Hantu Ditemui di Sabah - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on


Lokasi habitat tarsier atau kera hantu di daerah ini yang dikategori sebagai primat kecil, bakal diketahui dengan lebih terperinci berikutan penemuan seekor tarsier jantan bersaiz sebesar tapak tangan orang dewasa yang diselamatkan dari ladang sawit di sini, 7 Mac lalu.

Haiwan yang aktif pada waktu malam itu ditemui berhampiran kawasan Gomantong oleh Saroto Payar yang juga bapa kepada pembantu penyelidik lapangan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), di sini.
 
Tarsier itu kemudian dipasang dengan kolar radio bagi membolehkan habitatnya dikenal pasti.


Pelajar Cardiff University, Alice Miles yang mengetuai projek mengenai ekologi tarsier di DGFC berkata, primat itu ditempatkan dalam sangkar selama sehari dan diberi makan serangga sebelum dilepaskan ke hutan.

“Kami memasangnya dengan kolar radio sebelum dilepaskan ke hutan. Tarsier itu diberi nama ‘Lad’ iaitu singkatan daripada perkataan ‘ladang.’ 


“Pada malam berikutnya, kami kembali ke hutan dan mengesan Lad menggunakan telemetri. “Dia ditemui kira-kira 150 hingga 200 meter dari tempat dilepaskan dan dikesan memburu serangga di tanah,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan DGFC, semalam.

Sementara itu, Pengarah DGFC, Dr Benoit Goossens, berkata langkah memahami keperluan habitat, pemakanan dan struktur organisasi sosial primat itu kunci terhadap usaha membentuk dasar pemuliharaan haiwan unik terbabit.

Selain Lad katanya, DGFC sudah memasang kolar radio pada empat tarsier lain di sekitar padang DGFC di hilir Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan.


“Sebelum ini, kami memasang kolar radio pada dua tarsier betina bagi mengesan lokasi haiwan ini tidur, selain memetakan habitatnya.

“Kita harap Lad akan bertemu seekor daripada dua tarsier betina itu bagi membolehkan pembiakan,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment