Edisi Pelik! Lintah Terbesar Di dunia dan Perihal Mengenai Lintah!

Oleh Kaki Wayang on


Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan.

Seperti golongan Oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.).

Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.


Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya sehingga kenyang, selepas itu turun untuk menghadam makanan.

Badan lintah terdiri daripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya, yang digunakan untuk beraput pada perumah, sambil mengeluarkan bendalir bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah.

Lintah mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan darah dalam sistem darah perumah.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment