Edisi Segmen! 3 Soalan Tentang Blog Untuk HASRULHASSAN.COM!

Oleh Kaki Wayang on


Terma dan Syarat HasrulHassan

1. Sediakan satu entri dengan tajuk: "3 Soalan Tentang Blog Untuk HASRULHASSAN.COM"
2. Tempek badge yang disediakan dan link ke entri ini.
3. Berikan 3 soalan tersebut dalam bentuk point supaya mudah HH baca dan jawab nanti.
4. Berikan contoh blog yang paling anda suka dan mahu HH follow ...
3 Soalan Saya Untuk HasrulHassan!

  1. Pelbagai cara untuk kita mendapatkan pendapatan sampingan, antaranya adalah dengan berblogging, membuat Sebagai seorang blogger lama yang berpengalaman, boleh tak HH ceritakan dan rumuskan serta ringkaskan pendapatan secara online yang Abg HH capai sekarang? Itu pun kalau sudi kongsikan.
  2. Memilih dan menggunakan TEMPLATE yang sesuai dan mesra pengguna serta mesra SEO sangat penting agar blog itu mampu menarik minat pembaca. Oleh itu, Bagaimana Abg HH membahagikan masa untuk mengolah dan mengubah struktur template blog HH sekarang? Hampir setiap hari ianya berubah?
  3. Mengemaskini (update) entri baru memerlukan tahap kesabaran dan penelitian yang tinggi, disamping mampu mengeluarkan idea-idea kreatif untuk blog kita. Untuk itu, berapakah artikel yang mampu dihasilkan oleh HH dalam sehari dan bagaimanakah HH mampu mempertahankan Alexa Ranking serta pengunjung HH agar terus menyokong blog HH? Pernah tak Alexa Ranking HH jatuh? Dan Apa pandangan HH mengenai Alexa Ranking? Penting sangat ke? Dan berapa Pageviews serta Unique Views HH dalam sehari? Banyak pula tanya..
  4. Soalan keempat ini mungkin Abg HH boleh lupakan atau skip..tapi kalau masih boleh dipertimbangkan sila jawab yer.Boleh tak kritik skit blog saya tu...?
Semoga mendapat pertimbangan Abg HasrulHassan!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
3 Comments

{ 3 Komen Membina!... read them below or add one }

Admin said...

As-Salam.
Maaf sebab lambat nak menjawab.

Ok Jawapan soalan pertama.

Pertama sekali, untuk mendapatkan pendapatan secara online, ianya bukanlah mudah. Jika dahulu, platform menerusi blog untuk mendapatkan pendapatan lebih kepada Adsense tetapi kini dah banyak pilihan yang boleh seorang blogger itu gunakan.

Jika ingin mendapat pendapatan yang best menerusi Adsense, jadikan dulu blog anda sebuah blog niche tertumpu pada satu-satu tajuk, jadi Adsense dengan mudah akan berikan iklan yang berkaitan yang lebih baik. Contohnya, buat blog mengenai Basikal - cerita serba serbi mengenai basikal, asal usul, sejarah, apa yang ada pada sebuah basikal, cerita-cerita atau kisah mengenai basikal, tokoh yang gunakan basikal, teknologi basikal dan sebagainya.

Menggunakan platform pengiklanan seperti Nuffnang, ManggaAds, Advertlets, Innity dan macam-macam seumpamanya .... cara begini ada dua, tetapi paling lumayan adalah mendapatkan advetorial, untuk itu ... anda perlu jenamakan blog anda sehabis baik, join aktiviti yang dianjurkan oleh penyedia khidmat, seperti sertai kuiz, sertai gathering dan sebagainya agar mereka tahu kewujudan dan kesungguhan anda. Selain itu, ia membina social network yang lebih baik daripada secara online ni.

Cara ketiga ialah dengan sediakan sendiri tapak iklan untuk mereka yang berminat nak beriklan di blog anda. Cara ini mudah, dan HH dah dapat banyak income menerusi cara ini. Tampilkan dulu kekuatan blog anda, dan selitkan kejayaan blog dan pencapaian dari segi trafik untuk menarik minat pengiklan ini. Buat permulaan, berikan kos yang murah buat mereka kerana rata-rata yang nak iklan adalah mereka yang baru buka bisnes.

Dan cara terakhir ialah menerusi affiliate. Apabila tidak ada mereka yang sudi beriklan, gunakan cara ini yang telah sekian lama berkesan dalam dunia internet. Carilah platform yang sesuai.... :)

Terima kasih.

Admin said...

As-Salam.
Ini pula jawapan soalan kedua. Hahaha... soalan ni agak haru juga nak dijawab, sbbnya ia bukan mudah.

Memilih template perlukan masa dan ketekunan, apatah lagi jika kita mementingkan template yang mesra SEO. Ada template yang sesuai dan ada yang kurang sesuai - terutama apabila anda mahu meletakkan sesetengah widget yang kadangkala tidak rasi dengan template.

Selalunya masa yang HH gunakan untuk ubah ialah pada hujung minggu, di mana pembaca blog agak kurang, dan gunakan masa selepas 10 malam.

Untuk perletakkan iklan seperti Churp-churp dan juga Says.my ... kena peka dengan perubahan yang ada dan iklan untuk diletakkan di blog, tidak kira masa, apabila ada iklan baru naik, letakkan tetapi pastikn dulu pilih yang mana yang akan menarik minat.

Terima kasih.

Admin said...

As-Salam.
Actually, kebanyakkan soalan tu HH dah jawab dalam Panduan Menulis Blog ... cuma kena rajin search je. Tapi secara rumusan ...

Untuk tampil kreatif dalam penulisan, kita perlu dan sering jenguk blog-blog lain, terutama blog yang ada ramai pembaca ... di situ akan tampil idea sendiri, tetapi jangan dilupakan kepada blog-blog baru, kerana kadangkala ada cerita yang mereka sampaikan yang membolehkan anda mengolah sendiri berdasarkan cerita yang mereka sampaikan, selalunya mengenai dunia blogging ... dan juga isu semasa.

Lupakan dulu soal alexa, bukan ia tidak penting, tetapi percayalah rankin ini akan sendiri berubah bertambah baik jika kita menampilkan banyak entri-entri bermutu dan mengundang trafik tinggi. Pastikan ia entri yang berkualiti ..jangan indah tajuk dari isi.

Rankin akan sentiasa turun naik sebab hari2 ada je blog baru yang muncul dan dah ramai blogger makin cerdik dan makin hebat dalam SEO, jadi bukan mudah ... seperti awal HH kata, lupakan dulu soal ALEXA ni. :)

Post a Comment