Edisi Sengal! Dua Lelaki Cium Mulut Kena Penjara Enam Bulan!

Oleh Kaki Wayang on


Sebuah mahkamah rayuan di Abu Dhabi mengekalkan hukuman enam bulan penjara terhadap dua lelaki, masing-masing dari Eropah dan Asia kerana bercium mulut di tempat awam.

Mahkamah juga mengarahkan mereka diusir selepas menjalani hukuman, lapor sebuah akhbar, semalam. Mahkamah berkenaan menyokong hukuman sebelum ini selepas seorang saksi mengesahkan semula yang beliau nampak pasangan itu berpeluk dan bercium di satu jalan di Abu Dhabi, kata akhbar berbahasa Arab, Alittihad.

Kedua-dua defendan yang tidak dikenali itu memberitahu mahkamah, mereka berpelukan sementara lelaki Eropah itu berkata, beliau mencium kepala rakannya kerana sudah mahu meninggalkan Emiriyah Arab Bersatu.

Peguam bela meminta mereka dibebaskan kerana saksi memberi kenyataan bercanggah. Akhbar itu berkata, saksi ketika itu memandu di kawasan berkenaan.

Saksi memberitahu, pada asalnya dia tidak pasti apa yang sedang dilihat dan kemudian menoleh kembali lalu melihat mereka bercium.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment