Edisi Sentap! Gambar Wanita Bertudung Tapi Sebenarnya Bogel!

Oleh Kaki Wayang on


Makin hari makin teruk pula aku tengok segelintir wanita dan remaja perempuan apabila sudah beberapa kali senario seperti ini berlaku. Pakai tudung tapi sebenarnya berbogel..tidak menutup aurat seperti mana hukumnya wajib dipakai.


Ok kita lupakan mengenai itu, kalau betul dia berjalan ke sana-sini dengan berpakaian separti itu maknanya dia memang salah..walaupun kita tak layak untuk mempersoalkan akan dosa dan pahala seseorang..

Now, kita cuba pula berfikiran baik sangka kat dia..seperti kata Mama Lyn (merujuk kepada ruangan komen dibawah)..mungkin juga “pompuan” ni sedang mencuba tudung tersebut dan kemudian kalau sesuai dia akan membelinya..dengan harapan agar dia membelinya dan memakainya bukan dengan cara seperti mana gambar di atas tetapi dengan pemakaian yang lebih menggambarkan dirinya sebagai seorang muslimah..

Kita tok sah fikir yang dia ni macam ni macam tu..Cuma dengan harapan baik sangka kita ini betul..ok semua tok sah gaduh-gaduh yer..hehe..

Dalam Surah An-Nur, Ayat 31, Allah berfirman:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Ayat hukum di atas, jelas menerangkan kewajipan menutup dengan kain tudung (penutup kepala) sehingga ke paras dada, tanpa perselisihan dari mana-mana ulamak tentang hukum yang telah ditetapkan ini. Kepentingan menjaga aurat bukan sahaja mempunyai kebaikan untuk golongan wanita, bahkan keselamatan mereka lebih terjamin, tambahan mata-mata lelaki lebih terjaga dan secara langsung hati lelaki lebih terpelihara. Seterusnya, kesejahteraan dunia dan alam ini terjamin.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
7 Comments

{ 7 Komen Membina!... read them below or add one }

Emma said...

apakah ini ??? ishhh

Aziela said...

Ishh... apa fungsi tudung tu...?

RamRamCute said...

sengal betullah...ada jugak orang macam ni...MEMALUKAN

Kaki Wayang said...

Memang sengal pun..macam tak gun apula tudung tu macam tu..

mama lynn said...

mungkin kejadian ni berlaku di pasaraya di mana perempuan yg berskirt pendek tu nak try pakai tudung yg dijual . tp bila gambar ni tsebar kan da menjatuhkan maruah org btudung .. urmmm

Surga Kenari said...

wah... tidak baik tidak patut tuk di contoh itu..

Kak Mahh said...

Macam mana dia tergamak pakai macam ni...?

Post a Comment