Edisi Sentap! Zaid Ibrahim Pula Mempertahankan Erykah Badu!

Oleh Kaki Wayang on

Zaid Ibrahim, Presiden KITA yang terbuang mempertahankan Erykah Badu melalui entri terkini blognya. Dia mempersoalkan kenapa kerajaan melalui menteri Rais Yatim membatalkan konsert Erykah Badu.

Zaid menggambarkan tatu kalimah Allah pada badan Erykah hanya huruf Arab yang kelihatan seperti kalimah Allah. Nampaknya Zaid tak nampak itu kalimah Allah.

Tatu tersebut juga boleh ditanggalkan dan Zaid menulis, sekiranya bukan kekal kemungkinan besar Erykah tidak akan mempamerkan tulisan itu semasa persembahan dan tak sepatutnya orang Islam marah. Zaid juga mendakwa sekiranya ia kekal, ia adalah ekpresi seni dan bukan cubaan untuk menyinggung sesiapa.


Bagaimana Rais tahu yang tatu itu telah mengguris perasaan orang Islam Malaysia? Tanya Zaid. Rais tidak boleh sesuka hati membuat keputusan/polisi berdasarkan pandangan peribadi. Jika kita benarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah selama lebih 100 tahun, tidak ada sebab untuk kita hukum peminat Cik Badu (yang tidak dapat menonton konsert beliau) hanya kerana kalimah itu ada tertulis pada badannya.

Zaid juga akan ke Jakarta minggu hadapan sekiranya dibenarkan isterinya untuk memberi sokongan kepada Erykah Badu yang akan membuat konsert di sana. Zaid yakin dengan 220 juta rakyat Indonesia tidak seperti Rais Yatim.

Kita lihat bagaimana sambutan rakyat Indonesia terhadap Erykah Badu sama ada pernyataan Zaid itu benar.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

naqib faiz said...

sengal

Kaki Wayang said...

Hahahaha..sesuai ngan tajuk EDISI SENGAL kan..aku pun tak tahu sebenarnya kat mana akal fikiran diorang letak sampai "DIA" ni berfikiran macam ni..

Post a Comment