Edisi Sukan Hangat! Ranking Dunia Koo - Tan Jatuh Lagi!

Oleh Kaki Wayang on


Sudahlah gagal merampas kejuaraan All England gara-gara dilayangkan kad merah minggu lalu, nasib beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bertambah malang apabila terus mengalami kejatuhan pada ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan semalam.

Biarpun mula menunjukkan pemulihan prestasi, termasuk mengalahkan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong buat kali pertama pada kelayakan Piala Thomas di Macau bulan lalu, ia tidak dapat mengelakkan beregu utama Malaysia itu daripada mengalami kejatuhan dua anak tangga.

Kien Keat-Boon Heong kini merudum ke ranking kelapan dunia, kejatuhan yang berpunca daripada penyingkiran mereka kepada pasangan bukan pilihan dari China, Hong Wei-Shen Ye 21-12, 17-21, 20-22 pada pusingan kedua All England.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment