Edisi Sukan Hangat! Russia Mangsa Kerakusan Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on

MALAYSIA mempamer kebangkitan yang menakjubkan ketika mencatat kemenangan kedua pada kempen Kelayakan Olimpik 2012 di London malam semalam.

Skuad skuad kendalian Tai Beng Hai ini tampil aksi yang lebih baik apabila menewaskan Rusia 6-2 di Dublin, Ireland. Setelah bergelut mencari rentak dalam aksi pertama sebelum menang 5-1 ke atas Chile kelmarin, skuad hoki negara sekali lagi mengulangi episod yang sama semalam.

Skuad negara membenarkan Rusia mendahului dua gol sebelum Muhd. Amin Rahim mengurangkan defisit hasil sudut pukulan penalti sebelum waktu rehat.

Begitupun, skuad negara tampil aksi lebih kemas pada babak kedua dengan meledakkan lima gol lagi. Amin sekali lagi menyamakan kedudukan 2-2 hasil pukulan sudut penalti tiga minit selepas babak kedua bermula.


Penyerang muda negara, Faizal Saari kemudian melegakan semula kem negara apabila menghadiahkan gol ketiga hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-45. Selepas itu, giliran kapten, Muhd. Razie Rahim menjadikan kedudukan 4-2 juga hasil set piece sudut penalti pada minit ke-52.

Amin kemudian menjaringkan hatrik pada perlawanan ini menerusi pukulan penalti selepas Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil dikasari dalam kawasan penalti untuk kedudukan 5-2 pada minit ke-54.

Hafifihafiz Hanafi akhirnya menamatkan pesta gol tersebut dengan jaringan keenam, lima minit sebelum tamat permainan. Kemenangan ini masih belum cukup selesa buat Malaysia meskipun berjaya mengutip enam mata kerana dua pencabar utama, Ireland dan korea Selatan turut mencatat kemenangan besar dalam aksi pertama kelmarin.

Aksi yang tidak konsisten di awal permainan sepanjang dua perlawanan kempen kelayakan ini juga dilihat sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Beng Hai dan harus diatasi menjelang aksi ketiga dengan Ukraine malam esok.

Lebih penting, skuad negara juga perlu menang dengan jaringan gol yang banyak ke atas Ukraine sebagai bekalan berharga sebelum menentang tuan rumah, Ireland dan Korea Selatan.

Skuad negara akan menentang Ukraine pada perlawanan ketiga malam esok.


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment