Edisi Sukan! Harrif Salleh Pelumba Basikal Terbaik Negara di Le Tour De Langkawi - Tempat Kedua di Chukai!

Oleh Kaki Wayang on


Pelumba pasukan Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini (kanan) mengerah seluruh kudratnya untuk menyaingi pelumba Terengganu Cycling Team, Mohd. Harrif Salleh ketika menghampiri garisan penamat perlumbaan peringkat kelapan Le Tour de Langkawi 2012 dari Pekan ke Chukai, Terengganu, semalam.


Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Salleh menceriakan penyokong tempatan apabila muncul tempat kedua peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dari Pekan ke Chukai, semalam.

 
Lebih manis hampir 10,000 rakyat negeri Terengganu menanti untuk menyambutnya di garisan penamat dengan mengharapkan pelumba kesayangan mereka itu berjaya muncul juara pada perlumbaan sejauh 100.8 kilometer itu.

Bagaimanapun, mereka tetap gembira apabila melihat pelumba berusia 24 tahun itu berjaya meloloskan diri daripada 119 pelumba untuk meraih tempat kedua di belakang pelumba Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang lebih dahulu mencecah garisan penamat.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment