Edisi Terkini! 3 Termasuk Pelajar Maut Nahas Jalan Raya di Pahang

Oleh Kaki Wayang on

Tiga termasuk seorang pelajar Tingkatan Empat, maut dalam dua kemalangan di Pahang, Khamis. Dalam kejadian di KM 76.5 Jalan Besar Kuala Terla, Cameron Highlands, seorang pelajar, A. Gurwinder Singh, 16, maut selepas motosikal yang diboncengnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 11.39 pagi itu, pemandu pacuan empat roda terbabit memperlahankan kenderaan apabila sebuah kereta di hadapannya membuat pusingan 'U' secara mengejut.

"Motosikal yang dinaiki mangsa dari arah Ringlet menuju ke Kuala Terla telah merempuh bahagian belakang pacuan empat roda terbabit sebelum melanggar sebuah kereta lain dari arah bertentangan," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala penunggang motosikal yang belum dikenal pasti identitinya cedera parah dan kini dirawat di Hospital Cameron Highlands.

Sementara itu, dua lelaki warga Indonesia maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori treler dari arah belakang di Km 115 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh, malam Khamis.

Dalam kejadian 9.35 malam itu, mangsa sedang berhenti di tengah jalan untuk membelok ke simpang masuk Taman Setia Jasa.

"Sebuah lori treler dengan muatan besi dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur telah terlanggar motosikal yang dinaiki mangsa. Kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Junardi, 28, dan Hardi Awan, 30, mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas terperosok di bawah treler berkenaan," katanya.

Kedua-dua mayat mangsa yang bekerja sebagai pekerja ladang kelapa sawit Felcra Berhala Gantang itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat, katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment