Edisi Terkini! Ibu Bermain Facebook, Dendam, Tiada Pengawasan Punca Dirang Dibunuh? - Ikuti Kupasannya Di Sini!

Oleh Kaki Wayang on

Pelbagai andaian dilakukan segelintir masyarakat terhadap punca kematian Adik Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang. Ada jugak status facebook yang disebarkan , menyatakan ibu kanak kanak malang tersebut sedang leka bermain facebook dan membiarkan anak yang cuma berusia 5 tahun keluar bersendirian membeli mee segera yang diminta  tanpa pengawasan dan menyebabkan masyarakat prihatin berang dengan tindakan ibu tersebut. Tetapi tidak dipastikan kesahihan dan kebenaran berita tersebut.

Kadang-kadang penyebab yang remeh-temeh sahaja pun mampu untuk meninggalkan kesan yang mendalam. Sekiranya perkara itu betul (Ibu bermain Facebook), rasanya perkara itu sangat tidak wajar dilakukan oleh seorang ibu. Tapi itu hanyalah khabar angina yang tidak dapat diputuskan kesahihannya.

Walaupun begitu, perkara ini sebenarnya tidak perlu dipanjangkan atau dibahaskan pada ketika ini atas sebab-sebab tertentu.

Dan dalam berita yang dilaporkan akhbar:

Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.

Pernah atau boleh tak anda bayangkan anak kecil seperti Dirang yang begitu teringin untuk menjama Mee Segera tetapi anak kecil itu disuruh sendiri untuk ke kedai membelinya. Kemudian dalam perjalanan pulang, anak kecil ini dibunuh dengan kejam dan dibakar atas dasar dendam. Kenapa kanak kanak sekecil Dirang yang langsung tak berdosa dijadikan mangsa kekejaman manusia bertopengkan syaitan.

Ada yang mengatakan bahawa Dirang sudah dibiarkan bermain diluar sejak berumur 3 tahun tanpa sebarang pengawasan dari orang dewasa. Jika benar dakwaan ini, mungkin seharusnya ibu bapa Dirang perlu diambil tindakan kerana cuai dalam penjagaan anak. Mungkin ada yang mengatakan “Ini semua kerja penjenayah” atau “Kadar jenayah di Malaysia memang tinggi” . Tapi kita kena tengok balik pada punca asal benda benda macam ni terjadi. Takkan la penjenayah tu nak menculik kalau ibu bapa ada di sekeliling kanak kanak tu kan? Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegahlah dari awal.

Ambil precaution terbaik untuk melindungi anak anak anda tak kira apa sekalipun. Anak anak kecil tak tahu apa apa. Kalau dihulurkan sebiji gula gula pun, boleh diikut orang yang tak dikenali. So sebagai yang dewasa, yang berfikiran , yang cerdik pandai, kitalah berperanan dan bertanggungjawab melindungi.  Tak terbayang jika benda macam ini berlaku dalam keluarga sendiri.

Diolah dari cerita dan sumber sebenar: http://hazrilhafiz.blogspot.com

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Unknown said...

AL FATIHAH

pd pndangan sy elok ibu bapa mangsa dikenakan tindakan undang-undang atas sebab kecuian

Post a Comment