Edisi Terkini! Kisah Suhaila - Persiapan terakhir Suhaila!

Oleh Kaki Wayang on


Hampir tiga minggu penderitaan adik Nur Suhaila mendapat perhatian umum, kini Nur Suhaila dan ibunya sibuk membuat persiapan terakhir sebelum berangkat ke Dubai bagi menjalani pembedahan penyakit Congenital Disorder. 

Ekoran musim sejuk di sana, Ibunya, Hanita Mohd Tahir terpaksa menyediakan pakaian sesuai bagi Suhaila untuk mengelakkan perkara tidak diingini terjadi. 

“Banyak perkara yang perlu saya uruskan sebelum berangkat. Selain pakaian, saya juga perlu membawa semua dokumen perubatan Suhaila di sini untuk rujukan di sana.

“Ini kerana, pemergian kami ke sana adalah di atas usaha sendiri, jadi saya berserah. Saya berharap, dalam perjalanan selama tujuh jam, Suhaila berada dalam keadaan baik. 

“Jika Suhaila sakit, jadual pembedahan terpaksa dilanjut­kan. Saya bersyukur kerana masalah pengi­napan sudah selesai,” katanya, semalam.

Terdahulu, Tabung Nur Suhaila menerima sumbangan daripada rakyat Malaysia termasuk daripada pelbagai agensi.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment