Edisi Terkini! Kronologi Kes Kematian Dirang, Tiga Individu Kini Ditahan - Ikuti Kupasan Penuh!

Oleh Kaki Wayang on


Polis memberkas tiga individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak di sebuah rumah kosong berhampiran kediaman mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini Khamis lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 36 hingga 40 tahun itu diberkas hasil maklumat penduduk yang curiga dengan kehadiran mereka di rumah kosong berkenaan sejak Disember lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek ditahan pada hari yang sama selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak berusia 5 tahun itu, Nurul Nadirah Abdullah.

“Kesemua suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi Khamis lalu.

Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera 2 bungkus dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah, kata ibunya, Roselyn Alan, 25.

Mohd. Mokhtar berkata, setakat ini, polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu, namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.

Polis, kata beliau, sedang menjalankan siasatan dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak itu agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis telah menemui sebelah selipar mangsa pada jarak 200 meter dari lokasi rumahnya manakala sebelah lagi 500 meter iaitu di kawasan ladang kelapa sawit.

Katanya, polis turut menemui mi segera dan telur yang sudah pecah selain gula-gula dipercayai dibeli oleh mangsa sebelum itu.

“Siasatan polis setakat ini percaya motif kejadian bermotifkan dendam yang disyaki dilakukan oleh suspek. “Suspek berbuat demikian disebabkan nenek mangsa pernah memarahinya kerana melihatnya mencuri kabel malah pernah memberi amaran kepada keluarga mangsa supaya tidak mencampuri urusannya,” katanya.

Difahamkan, mangsa dipercayai dibungkus dengan kain batik sebelum dibawa keluar dari rumah suspek yang berhadapan dengan kediaman mangsa.

Ini kerana terdapat saksi yang melihat jari tangan mangsa terkeluar dari bungkusan itu. Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.

“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini,” katanya lagi.

Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.

Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa.

Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment